Friday, December 26, 2014

Jalan-Jalan Cari Makan Kuala Kangsar


Gendang Gendut Tali Kecapi,
Kenyang Perut Sukalah Hati.


Kali ini kami ingin menyenaraikan tempat-tempat makan yang besttttt di sekitar Kuala Kangsar. Rugi tak cuba kalau dah sampai Di Kuala Kangsar ni. 

1. Medan Selera Laksa & Cendol, Lembah Kuala Kangsar

2. Laksa Pak Ngah (belakang Smjc Tsung Wah)

3. Laksa Pokok Asam Limau (Kota Lama Kanan & Lubuk Merbau) *

4. Laksa Pokok Kekabu (area Sayong)

5. Laksa Zaitun (Padang Asam)

6. Popia Stesen (area Stesen Ktm Kuala Kangsar) *

7. Restoran Jimboy (Taman Lavender, Jalan Manong, bertentangan Padang Golf) *

8. Teratak Warisan Kuala Kangsar (nasi berlauk tengahari belakang Terminal Bas)

9. Restoran Kak Bitah (bersebelahan bangunan JKR)

10. Restoran D' Lembah (persisir sungai perak, Lembah)

11. Restoran Kuale Bagus (nasi berlauk tengahari, bangunan belakang Ambank)

12. Restoran Assalamualaikum (Chandan)

13. Restoran Pak Unggai (Chandan)

14. The Gate Cafe (sebelah coolblog)

15. Roti Segar Cafe (sederet dengan Tabung Haji) *

16. Restoran De Salim ( mamak, belakang Terminal bas)

17. Restoran Al Jasmeera (mamak, area Taman Lavender)

18. KFC Taman Lavender, Talang

19. KFC Pekan (24jam)

20. Pizza Hut Kuala Kangsar (bersebelahan banhunan JKR)

21. Secret Recipe, Kuala Kangsar

22. Old Town Cafe, Kuala Kangsar


Nota: * Pilihan ramai 


Tempat Menarik Untuk Dilawati Di Kuala Kangsar



Antara tempat-tempat menarik untuk dilawati jika berkunjung ke Kuala Kangsar;


1. Masjid Ubudiah 


2. Istana Iskandariah
 


3. Istana Kenangan/ Istana Kuning yang kini dijadikan Muzium Diraja Perak. Bangunan ini unik      kerana dibina tanpa menggunakan walau sebatang paku.


4. Galeri Sultan Azlan Shah


5. Victoria Bridge, Karai


6. Kelab Idris Kuala Kangsar


7. Kelab Golf Kuala Kangsar


8. Putra Walk, Kuala Kangsar


9. Dataran Vespa


10. Jambatan Sayong


11. Melawat Pokok Getah Tertua

12. Pavillion Kuala Kangsar


13. Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)


14. Industri Kraftangan Labu Sayong


15. Industri Kraftangan Tekatan Benang Emas


16. Jam Besar, Kuala Kangsar









Antara Tempat Perkelahan Yang Menarik:


1. Hutan Lipur dan Rekreasi Ulu Kenas



2. Air Terjun Kampung Chuar, Kati


3. Lata Batu Hampar, Padang Rengas


4. Taman Rekreasi Raja Intan Suraya


5. Lata Bubu, Padang Rengas


6. Ulu Kongso, Padang Rengas



Kuala Kangsar Bandar Diraja


PENGENALAN


Kuala Kangsar adalah merupakan Bandar Diraja dan bersejarah bagi negeri Perak Darul Ridzuan. Kuala Kangsar juga merupakan kawasan pelancongan yang mempunyai pelbagai produk-produk tempatan dan IKS (Industri Kecil dan Sederhana)yang menarik. Terletak kira-kira 48 kilometer ke utara dari Ipoh. Kuala Kangsar mendapat nama bersempena pokok kangsar yang tumbuh di tebing sungai dan juga terdapat versi mengatakan terdapatnya 99 anak sungai dan kurang 1 kepada seratus, iaitu melalui sebutan Kuala Kurang Sa. Kuala Kangsar dapat dihubungi melalui Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) melalui EXIT 143 Persimpangan Kuala Kangsar, jalan persekutuan dan melalui kemudahan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Kuala Kangsar juga berdekatan dengan bandar Taiping yang mana  lebih kurang 30 minit masa perjalanan jikalau melalui jalan persekutuan.


Kuala Kangsar juga merupakan sebuah daerah perbandaran yang kini ditadbir oleh Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Pusat pertumbuhan utama daerah adalah Bandar Kuala Kangsar, Sungai Siput (U), Padang Rengas, Manong, Sauk, Karai, Salak,Lintang dan Lasah. Bandar Sungai Siput (U) merupakan pusat pertumbuhan kedua terbesar selepas Bandar Kuala Kangsar. Aktiviti ekonomi utama adalah terdiri daripada aktiviti pertanian.

Terdapat 9 buah Mukim di dalam kawasan Daerah Kuala Kangsar iaitu:
  1. Mukim Chegar Galah
  2. Mukim Kota Lama Kiri
  3. Mukim Lubok Merbau
  4. Mukim Kampung Buaia
  5. Mukim Senggang
  6. Mukim Sayong
  7. Mukim Kota Lama Kanan
  8. Mukim Sungei Siput
  9. Mukim Pulau Kemiri


SEJARAH 

Negeri Perak lahir dari aliran air yang menebing di Sungai Perak daripada puncaknya di Ulu Belum hinggalah ke muaranya di Selat Melaka. Dari zaman awal lagi orang tertarik dengan keistimewaan sungai ini lalu memudikinya sambil mencari tebing yang baik untuk mendarat. Mereka adalah peneroka yang datang membuka tempat baru dan berinteraksi dengan pribumi hingga menjadi orang Perak seperti yang ada sekarang.
Mereka memudik dengan sampan hingga sampai ke suatu anak sungai di tebing kiri Sungai Perak. Dalam kiraan mereka kuala sungai ini adalah bersempena, lebih-lebih lagi tebingnya rendah, tanahnya subur dan permandangannya sungguh indah. Kebetulan mengikut kiraan mereka kuala sungai ini ialah yang ke seratus kurang satu, atau 'Kuala Kurang Sa'. Kononnya itulah nama asalnya, "Kuala Kurang Sa" dan kemudiannya disebut "Kuala Kangsar" sahaja. Namun begitu terdapat versi mengatakan mengambil sempena nama pokok kangsar yang banyak tumbuh di tebing-tebing sungai.



Walaubagaimanapun, Kuala Kangsar sebenarnya adalah satu lokasi yang sangat baik, bukan sahaja sesuai sebagai tempat mendarat, tetapi memang baik untuk penempatan, untuk bercucuk tanam, untuk pusat perniagaan. Di daratnya seseorang boleh meneruskan perjalanan menyusur sungai hingga ternampak Gunung Pondok di Padang Rengas, iaitu satu mercutanda yang memandu orang dalam perjalanan ke Larut ataupun dari Larut.
Berdasarkan keistimewaan ini kita membuat kesimpulan bahawa Kuala Kangsar dan kawasan di sekelilingnya adalah tempat tua, sudah berabad-abad lamanya didiami orang.Pokok getah yang pertama ditanam di Malaysia yang kini berusia lebih 100 tahun masih hidup subur di perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar. Saiznya tiga atau empat pemeluk.
Kuala Kangsar juga tidak kurang hebatnya didalam melahirkan tokoh-tokoh dipelbagai bidang yang telah berjasa mengharumkan nama negara.Diantara tokoh-tokoh kelahiran atau yang dibesarkan dan mendapat didikan diKuala Kangsar adalah seperti Tun Mohd Suffian Bin Hj Hashim,mantan Ketua Hakim Negara.Tokoh dibidang perubatan pula seperti Dato' Seri Dr Megat Khas Megat Omar,Dato' Dr Ariffin Hj Ngah Marzuki dan Dr Hj Pandak Ahmad.
Diantara alim ulama yang berasal dari Kuala Kangsar seperti Syeikh Hj Mohd Idris Bin Hj Abdul Rauf Almarbawi,Syeikh Hj Ismail Hamzah,Hj Sa'aya Abdul Majid.