PENGENALAN
Kuala Kangsar adalah merupakan Bandar Diraja dan bersejarah
bagi negeri Perak Darul Ridzuan. Kuala Kangsar juga merupakan kawasan
pelancongan yang mempunyai pelbagai produk-produk tempatan dan IKS (Industri
Kecil dan Sederhana)yang menarik. Terletak kira-kira 48 kilometer ke utara dari
Ipoh. Kuala Kangsar mendapat nama bersempena pokok kangsar yang tumbuh di
tebing sungai dan juga terdapat versi mengatakan terdapatnya 99 anak sungai dan
kurang 1 kepada seratus, iaitu melalui sebutan Kuala Kurang Sa. Kuala Kangsar
dapat dihubungi melalui Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) melalui EXIT 143
Persimpangan Kuala Kangsar, jalan persekutuan dan melalui kemudahan Keretapi
Tanah Melayu Berhad (KTMB). Kuala Kangsar juga berdekatan dengan bandar Taiping
yang mana lebih kurang 30 minit masa
perjalanan jikalau melalui jalan persekutuan.
Kuala Kangsar juga merupakan sebuah daerah perbandaran yang kini ditadbir oleh Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Pusat pertumbuhan utama daerah adalah Bandar Kuala Kangsar, Sungai Siput (U), Padang Rengas, Manong, Sauk, Karai, Salak,Lintang dan Lasah. Bandar Sungai Siput (U) merupakan pusat pertumbuhan kedua terbesar selepas Bandar Kuala Kangsar. Aktiviti ekonomi utama adalah terdiri daripada aktiviti pertanian.
Terdapat 9 buah Mukim di dalam kawasan Daerah Kuala Kangsar iaitu:
- Mukim Chegar Galah
- Mukim Kota Lama Kiri
- Mukim Lubok Merbau
- Mukim Kampung Buaia
- Mukim Senggang
- Mukim Sayong
- Mukim Kota Lama Kanan
- Mukim Sungei Siput
- Mukim Pulau Kemiri
SEJARAH
Negeri Perak lahir dari aliran air yang menebing di Sungai Perak daripada puncaknya di Ulu Belum hinggalah ke muaranya di Selat Melaka. Dari zaman awal lagi orang tertarik dengan keistimewaan sungai ini lalu memudikinya sambil mencari tebing yang baik untuk mendarat. Mereka adalah peneroka yang datang membuka tempat baru dan berinteraksi dengan pribumi hingga menjadi orang Perak seperti yang ada sekarang.
Mereka memudik dengan sampan hingga sampai ke suatu anak sungai di tebing kiri Sungai Perak. Dalam kiraan mereka kuala sungai ini adalah bersempena, lebih-lebih lagi tebingnya rendah, tanahnya subur dan permandangannya sungguh indah. Kebetulan mengikut kiraan mereka kuala sungai ini ialah yang ke seratus kurang satu, atau 'Kuala Kurang Sa'. Kononnya itulah nama asalnya, "Kuala Kurang Sa" dan kemudiannya disebut "Kuala Kangsar" sahaja. Namun begitu terdapat versi mengatakan mengambil sempena nama pokok kangsar yang banyak tumbuh di tebing-tebing sungai.
Walaubagaimanapun, Kuala Kangsar sebenarnya adalah satu lokasi yang sangat baik, bukan sahaja sesuai sebagai tempat mendarat, tetapi memang baik untuk penempatan, untuk bercucuk tanam, untuk pusat perniagaan. Di daratnya seseorang boleh meneruskan perjalanan menyusur sungai hingga ternampak Gunung Pondok di Padang Rengas, iaitu satu mercutanda yang memandu orang dalam perjalanan ke Larut ataupun dari Larut.
Berdasarkan keistimewaan ini kita membuat kesimpulan bahawa Kuala Kangsar dan kawasan di sekelilingnya adalah tempat tua, sudah berabad-abad lamanya didiami orang.Pokok getah yang pertama ditanam di Malaysia yang kini berusia lebih 100 tahun masih hidup subur di perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar. Saiznya tiga atau empat pemeluk.
Kuala Kangsar juga tidak kurang hebatnya didalam melahirkan tokoh-tokoh dipelbagai bidang yang telah berjasa mengharumkan nama negara.Diantara tokoh-tokoh kelahiran atau yang dibesarkan dan mendapat didikan diKuala Kangsar adalah seperti Tun Mohd Suffian Bin Hj Hashim,mantan Ketua Hakim Negara.Tokoh dibidang perubatan pula seperti Dato' Seri Dr Megat Khas Megat Omar,Dato' Dr Ariffin Hj Ngah Marzuki dan Dr Hj Pandak Ahmad.
Diantara alim ulama yang berasal dari Kuala Kangsar seperti Syeikh Hj Mohd Idris Bin Hj Abdul Rauf Almarbawi,Syeikh Hj Ismail Hamzah,Hj Sa'aya Abdul Majid.
No comments:
Post a Comment